Pasang Docmin di telefon atau laptop
Android (Chrome)
- Buka Chrome dan pergi ke app.docmin.app.
- Jika keluar mesej "Pasang Docmin" di bahagian bawah atau dalam app, tekan Pasang.
- Jika tiada, tekan butang menu ⋮ di penjuru atas kanan, kemudian Pasang apl atau Tambah ke skrin utama.
- Ikon Docmin akan muncul di skrin utama. Buka dari ikon itu seterusnya.
iPhone (Safari)
- Buka Safari dan pergi ke app.docmin.app.
- Tekan butang Share (kotak dengan anak panah ke atas) di bawah skrin.
- Skrol ke bawah dan pilih Add to Home Screen (Tambah ke Skrin Utama).
- Tekan Add. Buka Docmin dari ikon di skrin utama.
Penting untuk iPhone: buka Docmin dari ikon skrin utama, bukan dari tab Safari. Safari boleh memadam data laman web yang lama tidak dibuka, tetapi app yang dipasang di skrin utama lebih selamat. Sambung Google Drive untuk backup automatik.
Laptop (Chrome atau Edge)
- Buka app.docmin.app dalam Chrome atau Microsoft Edge.
- Tekan ikon Pasang (skrin kecil dengan anak panah) di hujung kanan bar alamat.
- Tekan Pasang. Docmin dibuka dalam tetingkap sendiri, dan boleh disematkan pada taskbar.
Tak mahu pasang? Anda juga boleh guna terus dalam pelayar dan simpan sebagai penanda buku (bookmark).
Log masuk kali pertama
- Tekan Teruskan dengan Google dan pilih akaun Gmail anda.
- Pada skrin kebenaran Google, pastikan kotak Google Drive ditick ✓, kemudian tekan Continue. Docmin hanya boleh buka fail yang ia cipta sendiri.
- Isi nama panggilan dan pilih jenis ejen. Siap. Anda dapat 30 hari akses penuh.
Guna akaun Google yang sama di telefon dan laptop, dan rekod anda akan sama di kedua-duanya.
Sedia untuk mula?
- 30 hari akses penuh, percuma, tanpa kad kredit
- Ada masalah memasang? WhatsApp kami di +60 10-791 3922