DocminDocmin Cuba Percuma
Maklumat

Terma Penggunaan Docmin

Kemas kini terakhir: 2 November 2026 · Lihat juga Polisi Privasi

Dengan menggunakan Docmin, anda bersetuju dengan terma di bawah. Sila baca dengan teliti.

1. Perkhidmatan

Docmin ialah apps untuk membantu ejen dan individu merekod pendapatan, perbelanjaan dan dokumen, serta menganggar cukai pendapatan. Docmin boleh diakses melalui pelayar web di docmin.app dan app.docmin.app.

2. Akaun dan akses

3. Langganan dan bayaran

Pelan langganan berbayar akan diperkenalkan kemudian. Harga, kitaran bayaran dan polisi bayaran balik akan dipaparkan dengan jelas sebelum anda membuat sebarang bayaran, dan terma ini akan dikemas kini.

4. Tanggungjawab anda

5. Bukan nasihat cukai profesional

Anggaran cukai, kategori dan cadangan dalam Docmin adalah panduan sahaja, berdasarkan peraturan cukai yang diketahui pada masa itu. Docmin bukan ejen cukai berdaftar dan tidak memberi nasihat cukai profesional. Anda bertanggungjawab atas borang cukai yang anda hantar kepada LHDN. Sila rujuk LHDN atau ejen cukai berdaftar jika ragu-ragu.

6. Had tanggungan

Docmin disediakan "seadanya". Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, penalti, cukai tambahan, atau kehilangan data yang timbul daripada penggunaan Docmin.

7. Data dan privasi

Rekod dan dokumen anda disimpan dalam peranti anda dan Google Drive anda sendiri. Cara kami mengendalikan maklumat diterangkan dalam Polisi Privasi.

8. Perubahan terma

Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dipaparkan di atas. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.

9. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

10. Hubungi kami

Emel: helo.docmin@gmail.com
WhatsApp: +60 10-791 3922