DocminDocmin Cuba Percuma
Maklumat

Polisi Privasi Docmin

Kemas kini terakhir: 2 November 2026 · Lihat juga Terma Penggunaan

Ringkasnya: rekod dan dokumen anda disimpan dalam peranti anda sendiri dan, jika anda sambung, dalam Google Drive anda sendiri. Kami tidak simpan rekod atau dokumen anda di server kami.

1. Data yang disimpan dalam peranti anda

Rekod komisen, belanja, profil cukai dan gambar resit disimpan dalam storan pelayar (browser) pada telefon atau komputer anda. Data ini hilang jika anda padam data pelayar, kecuali anda ada backup (Google Drive atau fail ZIP).

2. Google Drive anda

Jika anda log masuk dengan Google, app menyimpan salinan rekod dan dokumen dalam folder di Google Drive anda sendiri. App hanya boleh membuka fail yang ia cipta sendiri (kebenaran drive.file). Fail lain dalam Drive anda tidak boleh dibaca oleh app.

3. AI baca dokumen

Bila anda guna Snap AI, gambar dokumen dihantar ke pelayan kami untuk dibaca oleh perkhidmatan AI, kemudian keputusannya dihantar balik ke app anda. Gambar itu hanya diproses dan tidak disimpan oleh kami.

4. Data yang kami simpan

Untuk menguruskan akses (tempoh percubaan dan langganan), kami menyimpan:

Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat ini dengan pihak lain.

5. Memadam data

6. Penafian

Anggaran cukai dalam app adalah panduan sahaja berdasarkan peraturan cukai yang diketahui. Sila semak dengan LHDN atau ejen cukai berdaftar sebelum menghantar borang.

7. Hubungi kami

Emel: helo.docmin@gmail.com
WhatsApp: +60 10-791 3922